Idea Penubuhan Persatuan Alumni Sains UKM bermula sejak 2013 lagi bila mana sekumpulan Alumni Sains UKM telah membuka kumpulan Whatsapp di kalangan rakan rakan yang rapat semasa di dalam kampus. Beberapa pertemuan kerap diadakan disekitar Kuala Lumpur mahu pon di rumah rumah rakan rakan seperti di Utara, Timur dan Selatan malah di Sabah dan Sarawak.

Satu Perjumpaan kali pertama Alumni Sains UKM Batch 1977-1981 telah diadakan di Hotel Puteri Ayer Keroh pada tahun 5 Januari 2014. Seramai 40 orang telah hadir dan bersetuju untuk menubuhkan Persatuan Alumni Sains UKM Jalan Pantai Baru. Ahli Persatuan terdiri semua Alumni Fakulti Sains UKM sejak 1970 hingga 1981.

Secara rasminya Persatuan Alumni Sains UKM Jalan Pantai Baru telah didaftarkan di bawah ROS pada 2015. Presiden Pertama ialah Datuk Dr. Jaafar Abdullah. Beberapa perjumpaan dan Mesyuarat Agung telah diadakan dari masa ke semasa. Dalam Mesy Agung Tahunan pada 21-22 Dis 2019, Jawatan Presiden Persatuan diambil alih oleh Datuk Dr. Abdul Rahim Sudin.

Persatuan Alumni Sains UKM secara rasmi telah menjadi ahli Gabungan Alumni UKM dan dijemput menghadiri mesyuarat dan Acara acara penting UKM seperti Majlis Konvokesyen dan Majlis Makan Malam 50 tahun UKM.